Jumaat, 25 November 2011

tafakkur


Jauh sekali sebagai ahli bahasa  malah rasa jemu dan malu jika dikaitkan dengan bahasa dan fenomenanya. Bahasa yang saya maksudkan itu ialah bahasa saya sendiri, bahasa Melayu yang tak kesudahan walau dilaungkan dalam apa bentuk perbincangan, perdebatan, seminar, forum, wacana atau medan apa pun secara ilmiah atau sebaliknya kerana bahasa kita secara resminya dimerdekakan sejak 1957 lagi yang kini telah memasuki tuanya tapi masih belum berbisa seperti bahasa-bahasa lain !.

Kerana bukan ahli bahasa maka jadi terpanggil untuk menamakan blog ini sebagai KRITIS.  Kritis yang saya maksudkan mungkin  berasal dari CRITIC yang membawa maksud PENGKRITIK dan PENGULAS.

Bunyinya semacam negatif atau buruk kerana bila sebut pengkritik maka seolah kita hanya nampak kesalahan sesiapa selain diri sendiri. Begitu juga dengan pengulas. Apa yang hendak diulas ?. Nampaknya yang selain dari diri sendiri juga !.... Teruk jika demikian keperibadiannya.

Mungkin juga tidak tepat jika nak dipadankan maksud bahawa  KRITIS itu ialah pengkritik atau pengulas. Saya tidak arif tentang ini. Cuma bila dicari dalam kamus Oxford Fajar diberinya maksud demikian. Tiada maksud lain. Maka terpaksa mengalahlah walaupun yang saya kehendaki KRITIS itu lain maksudnya.

KRITIS menjadi lebih segar dengan adanya kata-kata dari Disraeli,  " Lebih mudah bersifat kritis daripada bersifat benar"  dan  kata-kata dari  Francis Bacon, "Orang yang menonton sering melihat lebih kritis daripada orang yang ikut bermain". Saya tidak tahu siapa dia Disraeli dan Francis Bacon. Rasanya tak perlu tahu siapa mereka berdua. Mungkin berbangsa Yahudi musuh kita. Tapi kata-katanya memberi kekuatan untuk memahami KRITIS
  
Yang menyejukkan hati saya ialah kerana adanya ' 4 all ' yang membawa maksud ' untuk semua '.  Pada mulanya saya mahu dan mencuba satu perkataan saja iaitu  'KRITIS' iaitu ....kritis.blogspot.com  tetapi sistem menolak kerana mungkin perkataan kritis itu telah menjadi blog  individu tertentu.  Lalu saya memasukkan ' 4 all ' dan sistem  menerima. Lagi baik kerana sememangnya saya berblog adalah ' untuk semua ' , bukan untuk diri sendiri semata.  Saya berblog adalah untuk agama saya, al-Islam.

Saya telah buktikan ' untuk semua ' dalam KRITIS saya ini di perenggan permulaan tentang bahasa. Ya ... bahasa saya dan bahasa anda .  Tak habis-habis dibincang dan didebatkan. Tak pernah kesudahan. Kini, semacam tiada suatu pendirian yang tetap. Bahasa Inggeris mahu diutamakan. Bahasa Malaysia pun begitu juga. Eh... sejak 1957, masih tak dapat buat apa-apa. Tak habis-habis dengan polemik !. Jika dihimpun dari akhbar-akhbar sudah menggunung rencana tentang bahasa.  

Melayu hendaklah malu kepada diri sendiri.  Melayu kampung tak kisahlah kerana hanya 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang' tetapi yang hendak dikisahkan ialah dengan Melayu yang telah kenyang dan gemuk gedempul di Tanah Melayu ini sejak merdeka.

Ini tak fikir lagi tentang hubung kait bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Tulisan jawi telah mampus, 'mati tak berkubur', hilang tak dapat dikesan.

Diperenggan atas, saya gunakan perkataan ' fikir '.  Ya... fikir.... saya temakan blog ini dengan tafakkur... Ya ...tafakkur... fikir, antara yang perlu ada dalam tafakkur untuk kita jadi pengkritik atau pengulas. 

Mari kita sama-sama hidupkan jiwa kita untuk memikirkan tentang sesuatu yang amat penting dan besar pengertiannya. Banyak faedahnya iaitu berfikir, merenung........mengkritik dan mengulas dengan ikhlas dan kritis tentang kita !  Siapa kita ? Siapa anda ? Siapa ?    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan