Isnin, 28 November 2011

pertembungan

Setiap kita orang beriman WAJIB memahami bahawa Islam telah meletakkan bahawa jihad dan  pengorbanan adalah suatu keperluan dan tuntutan bagi menyampai matlamatnya.  Lenyapnya kefahaman pengorbanan dalam beragama maka akan lenyaplah kemanisan hidup haqiqi dan rugilah diakhirat nanti. "nauzubillahi minzalik"

Ramai boleh berqurban atas asas memahami hukum sunat muakkad bila sampai pada hari raya haji tetapi amat ramai yang rugi bila gagal memahami perkara-perkara dasar dalam agama sehingga diri terkorban.

Bukan memandang rendah kepada saudara seagama yang berkorban harta benda untuk melaksanakan sunat muakkad tetapi disana terdapat kegagalan orang yang sama berkorban bila mana bertembung dengan banyak perkara yang melibatkan sikap dan pendirian. 

Kegagalan membuat sikap dan pendirian yang sahih dan benar tidak dapat dibuat kerana diri diselimuti sifat negatif iaitu penakut, penting diri sendiri dan kedekut dan lain-lain sifat mazmumah.

Berkorban dalam sikap dan pendirian nilai RM nya bukan RM satu ribu atau dua ribu sebagaimana harga seekor lembu ! ... tetapi nilai pengorbanan dalam agama ini balasannya ialah syurga !. ...keuntungan kepada ummah, bukan individu !

Produk USA yang canggih yang tidak melibatkan mendarah daging tidak kisah malah patut dimiliki bagi mereka yang mempunyai tugasan jihad yang memerlukan ketangkasan, keselamatan yang tinggi dan penggunaan minda yang maksimun. 

Lagipun bagi mereka yang berkemampuan amat patut memiliki  agar tidak dipandang rendah oleh mereka yang berfahaman kebendaan yang  meletakkan 'benda'  yang bernilai tinggi ini sebagai ukuran untuk dijadikan perantaraan untuk diambil kira pandangan dan buah fikiran.

Status perlu dijaga agar tidak di pandang hina oleh mereka yang mulia didunia tentunya hina diakhirat demi wasilah untuk menyampaikan kebenaran Islam. Sebagai pejuang kebenaran  yang berkemampuan dengan nilai kebendaan hendaklah mempamerkan  akhlak yang tinggi tidak menunjukkan wajah-wajah sombong keelitan, kononnya 'segar' dan serba cukup hingga 'tak tengok kemuka orang' bila turun dari Captiva, BMW, Mercedes, Audi dan sebagainya kerana ini bukan ukuran kemuliaan sebenar didunia dan diakhirat !.  

P R O D U K  M U S L I M

Kita boleh beramal  memulakan sesuatu dengan  membaca "Bismillah.....". Tapi kita boleh terperangkap dengan mengambil barangan yang dibuat oleh mereka yang menentang "Bismillah....."   .....tak sama dengan Volvo, Camry, Hyundai... !

.....fikir-fikir dan renung-renung.....

Dunia ini tempat pertembungan antara manusia. Pertembungan antara dua kumpulan besar manusia yang masing-masing punya kekuatan.  Senjata dua kumpulan ini amat kuat dan canggih. Boleh disebut yang mana dulu tidak menjadi masalah.  Dua senjata iaitu ialah senjata iman dan benda.

Keimanan dan kebendaan yang menjadi senjata utama setiap kumpulan. Keimanan bagi orang yang beriman dan kebendaan bagi orang yang berkebendaan.  Masing-masing punya strategi dan pendekatan. Masing-masing gerakan keimanan dan kebendaan amat halus dan berseni yang tinggi untuk mencapai matlamat masing-masing.

Orang yang beriman, keperibadiannya sentiasa menghayati pertembungan besar ini. Orang yang berkebendaan tinggi kadang-kadang boleh lupa keimanannya bila bertembung dengan nilai kebendaan. Disinilah munculnya sifat mazmumah yang mementingkan keduniaan.

Produk yang hasil dari keimanan jadi tidak laku disisi orang kebendaan.  Mereka merasakan mutunya tidak setaraf dengan citarasa kebendannya. Produk berlatarbelakangkan keimanan tentunya dimulakan dengan doa dan solat hajat.  Keyakinan dan harapan kepada Allah SWT tepat dengan janji dan keimanannya.  Manakala produk dari mereka yang beraqidah kebendaan tentu sekali tidak berharapkan Allah SWT.

Mereka lebih berkeyakinan kepada R & D yang kadang-kadang R & D ini akan mengelincirkan keimanan dan menipiskan keyakinan dan kepercayaan.  Bahaya ! ....rugi akhirat.

Saya memperingatkan diri saya agar tidak terperangkap dalam pertembungan ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan