Jumaat, 2 Disember 2011

untung

untung : penggabungan antara dasar dan perjuangan.....
.........layak memiliku suatu yang mahal harganya..........
Tarikh 11.11.11 lalu adalah tarikh baru bagi rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan  memperingati hari ulang  tarikh keputeraan Raja dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan. Sebelum ini tarikh bagi upacara tersebut jatuh pada bulan March.   

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima, Tengku Faris Petra sejak pemerintahannya telah mengubah dasar  laungan 'daulat tuanku' yang diamalkan pada kurun-kurun yang lalu kini telah ditukar kepada 'Allahu Akbar". Permulaan peresmian 'Allahu Akbar' diisytihar dan dilaungkan dimajlis resmi kerajaan dan istana ialah pada hari pemasyuran pertabalan baginda di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Kenapa jadi begini ?. Jawapannya kerana agama...kerana Islam....kerana Allah. Agama telah meresap masuk dalam kerajaan. Islam telah bertapak kukuh. Allah SWT. Tuhan Yang Maha Memerintah sekelian alam telah memberi taufiq dan hidayah kepada setiap mereka yang terlibat.

'Allahu Akbar'.....Islam Dijunjung,  Raja Disanjung, Rakyat Dipayung di Kelantan.   Jika meletakkan laungan 'Allahu Akbar' dalam hati maka hati itu tidak senang jika tidak zahirkan keluar kealam nyata.  Bila pemerintah yang inginkan Islam maka rakyat turut meninginkan Islam.

Yang telah beriman menegakkan keimanannya dan yang belum beriman pandai menghormati agama pemerintah yang beriman. Bagi orang Cina yang menjadi makhluk yang bijak berniaga telah merasai nikmat kebahagiaan berada di bawah pemerintahan yang meletakkan agama sebagai dasar.

Orang Cina, yang penting bagi mereka boleh berniaga dengan aman. Dengan keamanan , keselamatan mereka  akan merasa bertuah dan membenar kepercayaan dan  pegangan mereka yang diberi berbagai gelaran setiap 'tahun baru Cina' ; ayam, anjing, ular dan lain-lain. Sebenarnya amannya  mereka kerana berkat dan kelebihan Islam yang bertapak kukuh di Kelantan.

Kenapa mereka tidak sokong dan patuh kepada kerajaan sebegini ? Tentunya mereka patuh dengan sepenuh hati. Mereka tidak faham Islam adalah persoalan lain. Perkataan Islam, dunia dan akhirat akan masuk kedalam minda mereka walaupun mereka tidak beriman. Paling kecil jika mereka beranggapan "pemerintahan Kelantan ikut agama, pemerintahan selain Kelantan tak ikut agama"

Islam pula yang untung kerana dalam hal ini akan muncul persoalan, "jika tidak ikut agama, ikut apa pula ?"

"semuga Allah melindungi tuanku dunia dan akhirat"

Jika tidak ikut agama, kita boleh jawab bahawa mereka ikut "semangat bangsa"..."semangat kebangsaan". Bangsa yang memerintah sejak merdeka 1957 ialah bangsa Melayu. Bangsa ini melalui partinya, UMNO telah memerintah Malaysia secara Melayu. Masalahnya bangsa Melayu ini yang mengaku beragama Islam tetapi meninggalkan cara Islam dalam pemerintahannya.

Lalu, apa erti bangsa itu memerintah dengan semangat tetapi telah meninggalkan Islam agama yang dianutinya ? Tiada untung mereka dunia akhirat !